Friday, May 21, 2010

:(

"Ayin, atan dah xde'
kata-kata itu keluar dari mulut ibu ku..
terpaku, terkejut, seakan tidak percaya. seperti baru sahaja berbual dengannya khamis lalu.
ayin, kak lang n angah berpelukan sesama sendiri. kami kini tidak punya abang. abang yang selalu m'ceriakan hari-hari kami tatkala bersua muka. terlalu byk air mata yg mengalir. terlalu byk kekesalan yg disesalkan. ayin tidk sempat b'jmpe dgn abg. ahad lalu ayin hanye lalu sahaje ttp tidk singgah di rumahnya. kini abg telah pergi buat slamanya.

ayin kini seolah-olah hilang semangat. semangat utk blaja. meneruskan hidup. seperti hilang anggota badan ketika ini. mujurlah ade mak, abah n famili yg lain m'beri semangat. oh ya, nurul shafika tidak t'kecuali. ika b'jnji utk menemani ku . thx syg ;)

rindu akan arwh abg. even arwah telah pergi selama 10 hari, namun hati ini tidak p'caya arwah sudh tiada. tanpa disedari, airmata m'alir lagi. tatkala t'ingt kata-kata arwah abg. "dlm adik beradik, ko sorang je yang belajar sampai kolej, atan bangga dengan ko, belajar rajin-rajin"
masih t'ngiang-ngiang kata-kata arwh ketika ayin menaip skunk.

kehilangan arwah dirasai oleh semua orang, baik kenalan rapatnya mahupun teman perniagaanya di Baazar Banting. keramahannya, senyumannya masih terbayang ketika ini. ayin terfikir, bagaimana anak arwah ingin meneruskan hidup tanpa abah nya? Kamil Hakimin, acu akan jage kamu semampu yg acu boleh. kamil demam. rindu akan abahnya. sedih melihat anak sekecil itu tanpa kasih sayang seorang abah. kamil tidur dengan baju arwah yang tidak di basuh. agar kamil dapat tidur dgn lena.

mak pula? menangis apabila keseorangan. ayin ingin sahaja menemani mak tapi komitmen pelajaran perlu di utamakan. mak. jgn bersedih kerana ayin x suka melihat mak menangis. seperti berdosa apabila air mata mak mengalir.

Abang kesayanganku Alfa Nasran Ali, kamu ttp berada dlm ingatan ini smpi bila-bila. semoga kamu tenang di sana. ayin akan belajar sunguh-sungguh. kejayaan di masa kelak adalah untukmu.


p/s : AL-FATIHAH, semoga roh nya di cucuri rahmat. AMIN.

No comments:

Post a Comment